Friday, August 27, 2010

PENGENALAN

Variasi merupakan perkataan yang sesuai apabila kita mengambarkan tradisi makanan di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai budaya yang agak unik. Antaranya ialah budaya makanan.Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia.

Budaya makanan Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Bagi budaya makanan masyarakat Melayu, pelbagai lauk-pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan sajian nasi. Nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu amnya.


Tidak dinafikan juga budaya makanan masyarakat Cina turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bahan utama dalam menu masyrakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu, dan kicap soya serta lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh kaum Melayu seperti kayu manis, daun ketumbar dan sebagainya.


Bagi masyarakat India pula, elemen yang menggambarkan keunikan makanan kaum tersebut ialah penggunaan daun pisang sebagai alas makanan bagi menggantikan pinggan mangkuk. Daun hijau yang beraroma itu bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan bahkan membangkitkan selera.

2 comments: