Friday, August 27, 2010

MAKANAN MELAYU-KETUPAT




Ketupat merupakan makanan tradisional masyarakat melayu dan biasanya dihidangkan pada hari perayaan. Ketupat dibungkus daripada anyaman daun kelapa yang muda.

Penyediaan untuk membuat ketupat sangat ringkas tapi memerlukan kemahiran tertentu untuk menganyam kelongsong daun ketupat tersebut. Kebiasaannya, ketupat dihidangkan bersama kuah kacang atau sambal lodeh pada hari raya.


Ketupat mempunyai makna yang tersirat, seperti daun kelapa muda kuning yang dianyam adalah lambang penolak bala dan bentuk empat penjuru ketupat tersebut adalah tanda menuju satu kiblat. Beras yang menjadi isi ketupat membawa maksud agar kita dilimpahi kemakmuran manakala santan untuk merebus ketupat tersebut membawa maksud kemaafan zahir dan batin.

Ketupat juga mempunyai makna lain yang tersendiri seperti mencerminkan kesalahan manusia melalui rumitnya anyaman ketupat. Selain itu, menunjukkan kebersihan dan kesucian hati seterlah memohon keampunan dan juga melambangkan kesempurnaan. Semua itu dihubungkan kemenangan umat Muslim setelah sebulan berpuasa selama sebulan dan akhirnya menyambut hari raya aidilfitri.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment