Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Sarawak yang berasal daripada kaum Melanau.Umai dianggap salah satu makanan yang popular dan penting dalam masyarakat Sarawak.Selain itu,umai juga dikenali sebagai ‘sushi sarawak’ kerana penyediaannya berasaskan ikan mentah yang segar seperti ikan bawal hitam,ikan terubuk dan ikan pirang.Ia merupakan satu hidangan yang ringkas kerana penyediaannya tidak memerlukan modal yang besar dan mudah disediakan.Secara umumnya,umai sedikit sebanyak menyerupai kerabu di Semenanjung Malaysia.
CARA PENYEDIAANNYA:
-Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya serta diperap bersama limau dan bawang merah.-Umai juga dicampur dengan hirisan cili merah dan beberapa bahan sampingan lain….
No comments:
Post a Comment