Friday, August 27, 2010

PENGENALAN

Variasi merupakan perkataan yang sesuai apabila kita mengambarkan tradisi makanan di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai budaya yang agak unik. Antaranya ialah budaya makanan.Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia.

Budaya makanan Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Bagi budaya makanan masyarakat Melayu, pelbagai lauk-pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan sajian nasi. Nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu amnya.


Tidak dinafikan juga budaya makanan masyarakat Cina turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bahan utama dalam menu masyrakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu, dan kicap soya serta lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh kaum Melayu seperti kayu manis, daun ketumbar dan sebagainya.


Bagi masyarakat India pula, elemen yang menggambarkan keunikan makanan kaum tersebut ialah penggunaan daun pisang sebagai alas makanan bagi menggantikan pinggan mangkuk. Daun hijau yang beraroma itu bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan bahkan membangkitkan selera.

MAKANAN MELAYU-LEMANG


Apabila bulan Syawal menjelang, ramai orang bertungkus lumus menyediakan juadah raya. Salah satu daripada juadah yang mesti disediakan adalah lemang. Kita dapat melihat kedai-kedai ditepi jalan menjual lemang pada akhir-akhir bulan ramadhan. Lemang ialah pulut yang dibakar di dalam buluh lemang sendiri. Ia dibakar beberapa jam dengan unggunan api yang kecil atau sederhana supaya pulot tidak hangus dan masak sekata sampai ke dalam. Pada awalnya,pulut yang digunakan hendaklah direndam agar pulu tersebut bersih. Selepas itu pulut di isi kedalam buuh yang sudah dimasukkan balutan daun pisang. Santan akan dituang ke dalam buluh sebelum dan semasa proses pembakaran. Sesudah lemang siap dibakar, buluh akan dibelah bagi tujuan menyejukan lemang yang berada di dalam. Lemang dipotong setebal 1-2 inchi dan boleh dimakan dengan kari, rending ataupun serunding.

MAKANAN MELAYU-KETUPAT




Ketupat merupakan makanan tradisional masyarakat melayu dan biasanya dihidangkan pada hari perayaan. Ketupat dibungkus daripada anyaman daun kelapa yang muda.

Penyediaan untuk membuat ketupat sangat ringkas tapi memerlukan kemahiran tertentu untuk menganyam kelongsong daun ketupat tersebut. Kebiasaannya, ketupat dihidangkan bersama kuah kacang atau sambal lodeh pada hari raya.


Ketupat mempunyai makna yang tersirat, seperti daun kelapa muda kuning yang dianyam adalah lambang penolak bala dan bentuk empat penjuru ketupat tersebut adalah tanda menuju satu kiblat. Beras yang menjadi isi ketupat membawa maksud agar kita dilimpahi kemakmuran manakala santan untuk merebus ketupat tersebut membawa maksud kemaafan zahir dan batin.

Ketupat juga mempunyai makna lain yang tersendiri seperti mencerminkan kesalahan manusia melalui rumitnya anyaman ketupat. Selain itu, menunjukkan kebersihan dan kesucian hati seterlah memohon keampunan dan juga melambangkan kesempurnaan. Semua itu dihubungkan kemenangan umat Muslim setelah sebulan berpuasa selama sebulan dan akhirnya menyambut hari raya aidilfitri.


MAKANAN CINA-KUIH BULAN


Kuih bulan merupakan makanan tradisi orang cina. Sejarah kuih ini bermula selepas orang-orang cina menumpaskan penjajahan moghul pada akhir dinasti yang. Pada perayaan kuih bulan,makanan tradisinya adalah kuih bulan itu sendiri. Mereka berarak sempena perayaan ini dengan membawa sekali tanglung. Terdapat juga tradisi yang menyatakan kuih bulan ini diberi kepada dewa dapur bagi memastikan dewa dapur tidak dapat menyampaikan berita buruk kepada maharaja syurga kerana tidak dapat membuka mulot akibat memakan kuih bulan. Oleh itu,kuih bulan ini penting bagi kaum cina. Kuih-kuih bulan dapat boleh didapati di mana-mana pusat membeli belah diseluruh Negara semasa perayaan kuih bulan. Kuih bulan juga boleh dimakan oleh kaum lain kerana sudah ada kuih bulan mengandungi bahan-bahan halal.

MAKANAN CINA-YUSHENG


Kaum cina merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di negara kita. Dalam hidangan budaya Cina biasanya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama iaitu satu sumber utama biasanya nasi dan disertai dengan hidangan sayur-sayuran, ikan dan daging. Antara makanan Cina yang terkenal ialah “yusheng” di mana ia merupakan satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.


MAKANAN INDIA-






VADAI
Vadai atau, disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan India. Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ia diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari.

Paruppu vadai
Ia berbeza dengan ulundu vadai iaitu ia diperbuat daripada kacang dhal.Ia akan digoreng hingga garing seperti warna coklat.

Putu Mayam
Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai snek.
Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air, santan kelapa yang kemudiannya, doh itu ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan distimkan dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula melaka.


Kollukattai
Ia diperbuat daripada tepung beras dengan campuran kelapa parut, kacang dhal dan gula.Ia akan dikukus hingga masak.Ia juga merupakan makanan kegemaran "dewa ganapathi".Kuih ini akan dihidangkan semasa upacara tertentu bagi kaum india.

MAKANAN INDIA-NASI DAUN PISANG


Nasi putih dihidangkan di atas daun pisang bersama – sama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadum. Kebiasaannya, hanya kuah kari sahaja dihidangkan, manakala dagingnya tidak dihidangkan . Nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi orang India yang mengamalkan konsep "vegetarian". Secara tradisionalnya, nasi daun pisang dimakan dengan menggunakan tangan. Penggunaan daun pisang dipercayai akan bertindak balas dengan lapisan atas daun pisang ketika dihidangkan panas sekaligus dapat membantu sistem penghadaman.
Ia juga dapat memupuk semangat setiakawan dan kekeluargaan apabila kita dapat berkongsi apa sahaja yang dihidangkan. Dengan kata lain, tiada sempadan atas daun pisang.
Konsep makan nasi atas daun pisang mencerminkan budaya kemasyarakatan di negara ini.
Pastikan kita tutup daun pisang itu dari atas ke bawah dan bukan dari bawah ke atas

MAKANAN SABAH-MAKNA HINAVA


MAKNA HINAVA

Istilah hinava merujuk kepada masak tanpa menggunakan api.Hinava hanya perlu membersihkan daging ikan tersebut dengan air laut,dan ramuan lain seperti limau,lada dan sebagainya.Hinava dihasilkan daripada isi ikan yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut.

CARA MENYEDIAKAN HINAVA IKAN YU

Cara menyediakan hinava ikan yu ini, isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana isi ikan tersebut akan masak melalui perahan jus limau sama ada menggunakan limau nipis atau limau kasturi.Terdapat pelbagai jenis isi ikan yang boleh digunakan untuk menyediakan hinava, tetapi yang paling popular ialah isi ikan yu.Selain itu, isi udang dan sotong boleh digunakan untuk menggantikan isi ikan yu. Masa yang diperlukan untuk membuat hinava ikan yu ini hanyalah 30 minit sahaja.


MAKANAN SARAWAK-UMAI


Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Sarawak yang berasal daripada kaum Melanau.Umai dianggap salah satu makanan yang popular dan penting dalam masyarakat Sarawak.Selain itu,umai juga dikenali sebagai ‘sushi sarawak’ kerana penyediaannya berasaskan ikan mentah yang segar seperti ikan bawal hitam,ikan terubuk dan ikan pirang.Ia merupakan satu hidangan yang ringkas kerana penyediaannya tidak memerlukan modal yang besar dan mudah disediakan.Secara umumnya,umai sedikit sebanyak menyerupai kerabu di Semenanjung Malaysia.

CARA PENYEDIAANNYA:

-Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya serta diperap bersama limau dan bawang merah.
-Umai juga dicampur dengan hirisan cili merah dan beberapa bahan sampingan lain….

KESIMPULAN

Dalam negara Malaysia,terdapat pelbagai jenis makanan yang melambangkan setiap kaum yang berada di negara ini. Makanan-makanan ini kebanyakkan disajikan semasa mengadakan upacara tradisional seperti perayaan mahupun upacara istiadat setiap kaum. Disebabkan kempem 1 Malaysia, makanan-makanan tradisional ini dapat dinikmati bukan sahaja oleh 1 kaum tetapi boleh disajikan kepada kaum-kaum yang lain semasa mengadakan rumah terbuka. Dengan ini, rakyat di negara ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan tidak lagi menimbulkan isu perkauman agar dapat hidup dengan aman serta harmoni bagi menjayakan kempem 1 Malaysia.